Pages

Apa itu MODUL S.U.P.E.R?

Modul S.U.P.E.R adalah ringkasan dari 5 elemen penting untuk menjadikan remaja hari ini menjadi SUPER! 5 elemen tersebut ialah:
Modul S.U.P.E.R ini adalah bertujuan untuk melahirkan remaja yang:


Mempunyai dan menghayati nilai
a) Memahami dengan jelas apakah makna SYAHADAH (kalimah syahadah)dalam kehidupan sebagai seorang remaja Muslim
b) Menjadikan sifat IHSAN sebagai sifat yang peribadi yang unggul dengan menghayati kisah remaja yang hidup bersama Nabi Muhammad saw dan para sahabat penuh dengan IHSAN.
c) Penekanan utama di dalam elemen SPIRITUAL ini ialah, mengajak remaja melatih diri agar setiap perbuatan itu dinilai, dilihat dan dipersoalkan oleh Allah swt

Mempunyai sikap
a) Perkataan JUSTICE bermaksud keadilan. Kata akarnya ialah adil dan sinonimnya pula ialah SEIMBANG.
b) Remaja harus seimbangkan urusan, pekerjaan atau aktiviti bersifat DUNIAWI dan AKHIRAT. Kedua sifat ini tidak seharusnya difahami secara terpisah. Sebagai contoh, di sekolah belajar tetapi meninggalkan solat. Atau di rumah solat tetapi tidak belajar. Dunia dan akhirat harus dilatih supaya DISATUKAN.

Mempunyai sikap PRINCIPLE
a) Remaja yang super ialah remaja yang mempunyai SET PRINSIP hidup yang sempurna.
b) Set prinsip yang benar dan betul akan membentuk karakter (akhlak dan keperibadian) yang baik
c) Set prinsip yang benar untuk menjadikan remaja SUPER ialah menghayati RUKUN IMAN; Yakin dan percaya kepada Allah, Perkara ghaib, Rasul, Kitab, Hari Pembalasan serta Qada' dan Qadar


Mempunyai sikap ENERGETIC

a) Remaja mempunyai TENAGA yang amat kuat dan super sekali! Sehubungan dengan itu, potensi ini harus DISALURKAN kepada aktiviti yang boleh MEMBANGUNKAN hati dan minda.
b) Hati dan minda remaja harus diberikan SUNTIKAN yang baik dengan memberikan ruang dan peluang untuk mereka menggunakan KEKUATAN yang energetik itu kearah kebaikan.
c) Potensi remaja yang energetik ini juga harus disulami dengan mempunyai cita-cita yang tinggi, matlamat yang jelas dengan SASARAN yang telah DITETAPKAN oleh mereka sendiri.


Mempunyai sikap RESPONSIBILITY
a) Remaja harus SEDAR dan MEMAHAMI akan tanggungjawab asas mereka sebagai seorang remaja
b) Mereka harus memahami ORBIT TANGGUNGJAWAB mereka iaitu yang pertama; tanggungjawab kepada Allah swt, Ibu ayah, Adik beradik, guru, rakan taulan dan sosial
c) Sikap ini harus DIJELASKAN dan DIBIMBING agar remaja mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan SEMPURNA.