Pages

Program Kem Remaja S.U.P.E.R 2011




Ucapan Khas Kem Remaja SUPER




video

Apa Yang Menarik Ya?

Remaja SUPER akan melalui pelbagai aktiviti INDOOR dan OUTDOOR yang menarik dan mencabar! Namun yang demikian, peserta akan diberikan formula S.U.P.E.R sebelum menjalani aktiviti ini....


Aktiviti INDOOR

·
SUPER Sharing; Perkongsian meningkatkan motivasi dan jati diri mereka dengan tajuk yang berasaskan kepada model SUPER

· SUPER Ice Breaking; Baiki akhlak dan cara berkomunikasi dengan manusia

· SUPER Team Building; Bina Pasukan SUPER

· SUPER Renungan Remaja & Al-Quran; Surah Al Kahfi

· Solat SUPER; baiki asas gerakan dan bacaan dalam solat serta solat di dalam hutan

· SUPER Muhasabah; Membangkitkan kesedaran berTuhan dan peranan sebagai seorang anak, murid dan sahabat.



Apa itu MODUL S.U.P.E.R?

Modul S.U.P.E.R adalah ringkasan dari 5 elemen penting untuk menjadikan remaja hari ini menjadi SUPER! 5 elemen tersebut ialah:
Modul S.U.P.E.R ini adalah bertujuan untuk melahirkan remaja yang:


Mempunyai dan menghayati nilai
a) Memahami dengan jelas apakah makna SYAHADAH (kalimah syahadah)dalam kehidupan sebagai seorang remaja Muslim
b) Menjadikan sifat IHSAN sebagai sifat yang peribadi yang unggul dengan menghayati kisah remaja yang hidup bersama Nabi Muhammad saw dan para sahabat penuh dengan IHSAN.
c) Penekanan utama di dalam elemen SPIRITUAL ini ialah, mengajak remaja melatih diri agar setiap perbuatan itu dinilai, dilihat dan dipersoalkan oleh Allah swt

Mempunyai sikap
a) Perkataan JUSTICE bermaksud keadilan. Kata akarnya ialah adil dan sinonimnya pula ialah SEIMBANG.
b) Remaja harus seimbangkan urusan, pekerjaan atau aktiviti bersifat DUNIAWI dan AKHIRAT. Kedua sifat ini tidak seharusnya difahami secara terpisah. Sebagai contoh, di sekolah belajar tetapi meninggalkan solat. Atau di rumah solat tetapi tidak belajar. Dunia dan akhirat harus dilatih supaya DISATUKAN.

Mempunyai sikap PRINCIPLE
a) Remaja yang super ialah remaja yang mempunyai SET PRINSIP hidup yang sempurna.
b) Set prinsip yang benar dan betul akan membentuk karakter (akhlak dan keperibadian) yang baik
c) Set prinsip yang benar untuk menjadikan remaja SUPER ialah menghayati RUKUN IMAN; Yakin dan percaya kepada Allah, Perkara ghaib, Rasul, Kitab, Hari Pembalasan serta Qada' dan Qadar


Mempunyai sikap ENERGETIC

a) Remaja mempunyai TENAGA yang amat kuat dan super sekali! Sehubungan dengan itu, potensi ini harus DISALURKAN kepada aktiviti yang boleh MEMBANGUNKAN hati dan minda.
b) Hati dan minda remaja harus diberikan SUNTIKAN yang baik dengan memberikan ruang dan peluang untuk mereka menggunakan KEKUATAN yang energetik itu kearah kebaikan.
c) Potensi remaja yang energetik ini juga harus disulami dengan mempunyai cita-cita yang tinggi, matlamat yang jelas dengan SASARAN yang telah DITETAPKAN oleh mereka sendiri.


Mempunyai sikap RESPONSIBILITY
a) Remaja harus SEDAR dan MEMAHAMI akan tanggungjawab asas mereka sebagai seorang remaja
b) Mereka harus memahami ORBIT TANGGUNGJAWAB mereka iaitu yang pertama; tanggungjawab kepada Allah swt, Ibu ayah, Adik beradik, guru, rakan taulan dan sosial
c) Sikap ini harus DIJELASKAN dan DIBIMBING agar remaja mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan SEMPURNA.

Yuran Penyertaan Kem Remaja S.U.P.E.R

Program Kem Remaja SUPER merupakan program tahunan sempena Kempen Anda Bijak Jauhi Zina atau singkatannnya ABJZ di bawah pengendalian tim Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy. Berikut adalah yuran pembayaran program untuk 3 hari 2 malam


Pakej program 3 hari 2 malam

RM 290.00/ perseorangan

*Harga promosi 'early bird' masih kekal sehingga 4 Disember 2011! Ayuh segera mendaftar!


Bagaimana cara pembayarannya? Ikuti langkah di bawah ini:


DAFTARKAN butiran remaja yang ingin menyertai kem ini di bawah ini (klik)

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFJYMi1ZbWQ0NFRLYm1hVVNlbnZSSWc6MQ

Pembayaran penuh hendaklah dilakukan menerusi akaun Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy, 26233500025576 RHB Bank.


SMSkan bukti pembayaran kepada 0193651421 atau 0193651408 dengan cara menaip:

Bayaran KRS>(bil orang)>(RM)>(jam)

Anda berjaya mendaftar dan pihak urusetia akan menghubungi anda untuk pengesahan.


____________________________________________________


* Yuran RM 290 (early bird) dibuka sehingga 20 November 2011


Lokasi Kem Remaja SUPER


Lokasi KEM REMAJA SUPER telah bertukar dari Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor ke

Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg Congkak Hulu Langat.

Info tentang kem boleh di klik di sini

Pihak urusetia memohon maaf atas perubahan tempat atas alasan teknikal.

Jumpa di sana ya!

Hubungi Kami


Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi urusetia kami

019 3651408

019 3651421

atau email kami di

rsakinah@gmail.com